Thursday, June 16, 2022

TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

 

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ini adalah berdasarkan Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 1949 dengan pindaan terakhir pada tahun 2001. TKWBNS menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor setiap tahun dan program utama di bawah tabung ini adalah Program Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor. Segala urusan berkaitan tabung ini diurus sepenuhnya oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Surat Edaran adalah seperti dibawah ;

https://drive.google.com/file/d/1BLrz2TML5D3uZCdLDa-VUxRvMnVHPCCh/view?usp=sharing

YAYASAN PAHANG

 

Tawaran biasiswa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak Pahang. Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini menawarkan BKMB, biasiswa yang paling berprestij di negeri ini juga spc yp untuk pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Sila layari laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my untuk syarat, kreteria dan maklumat seterusnya. Permohonan dibuka mulai hari ini, 16 Jun 2022 hingga 8 Julai 2022.

Thursday, June 9, 2022

DRB - HICOM UNIVERSITY OF AUTOMOTIVE MALAYSIA

 

TAWARAN HEBAT PROGRAM DERMASISWA B40 KINI KEMBALI

Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 tajaan untuk pelajar yang keluarganya dalam golongan B40. Syarat minimum 5 kredit termasuk Bahasa Melayu & Sejarah. Biasiswa Penuh, elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian. Program yang ditawarkan bagi Program Dermasiswa B40 adalah seperti tertera.

https://tinyurl.com/DRMSB40 atau whatsapp 601117184321

Monday, June 6, 2022

BIASISWA ATLET CEMERLANG

 

Sukacita dimaklumkan bahawa penawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi - Atlet Cemerlang IPT 2022 akan dibuka melalui permohonan atas talian (online) selama lima belas (15) hari di laman rasmi Kementerian bermula pada 25 Mei hingga 8 Jun 2022 ini. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk membuat hebahan dan mengenalpasti atlet pelajar yang berpotensi bagi tujuan permohonan biasiswa ini. Maklumat penawaran biasiswa ini adalah seperti pautan yang dilampirkan.

https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/index.php

BERITA BAIK KEPDA ANAK-ANAK PAHANG